Pagi ni saya tergerak membuka email dari sekolah dan ada emel dr Mdm Chin Siew Lin untuk semua. Setakat ni cikgu belum pandai nak tinggal komen di blog jadi dia suruh sampaikan kepada semua kalau nak fwd email banyak emel address yg saya tak ada jadi tempel kan di sini sahja.
30/01/2009
Hi Elle,
Amat terharu dan sedih sekali ketika terbaca berita pemergian Allaryarham Azrul yang masih muda. Tolong sampaikan ucapan takziah saya yang tidak terhingga kepada Cikmilah atas kehilangan yang tiada gantinya ini! Mungkin sudah ajalnya dan pasti Allah lebih menyayanginya! Permergiannya yang secara mengejut ini mahu tidak mahu telah memaksa kita agar merenung kembali orang-orang tersayang yang berada di samping kita agar kita tidak "take each other for granted". Luangkanlah lebih banyak masa bersama mereka yang tersayang,sentiasalah bermaaf-maafan kerana tiada siapa yang dapat menjangka dan meramal bilakah maut akan datang menjemput kita kerana tiada gunanya apabila "nasi sudah menjadi bubur" dan menangis airmata darah sekalipun tiada gunanya!
Terimakasih atas semua komen-komen yang telah saya baca di dalam blog kak Elle. Sungguh memberangsangkan dan tak sangka pula boleh membabitkan nilai komersial iaitu memberi kelas bimbinganatau tuisyen kepada anak-anak pembaca blog.Hai, bagus juga cadangan itu kerana" nak melentur aur, biarlah dari rebungnya". Bolehlah Elle jadi agen atau pengurus saya kalau ada sesiapa yang berminat! Ha! Ha!
Terlanjur menyentuh kisah 'tuisyen", ingin saya berkongsi satu pengalaman menarik ketika saya mengajar di rumah pelajar berkenaan. Ketika itu adalah bulan Ramadhan. Oleh kerana kefasihan saya bercakap Bahasa Melayu, tidak terlintas langsung pada fikiran nenek pelajar berkenaan bahawa saya seorang guru berbangsa Cina yang mengajar cucunya. Identiti saya yang sebenarnya terbongkar apabila menantunya kembali dari pejabat dan bertanya adakah dia menyediakan minuman untuk saya ketika saya mengajar.
Nak tahu apa jawapan nenek pelajar saya ini, "Inikan bulan puasa, mana Cikgu Chin boleh minum!" Bayangkanlah betapa terkejutnya nenek tersebut bila dia mengetahui hakikat yang sebenarnya, Katanya"Masyallah, bulat-bulat aku menyangka Cikgu Chin orang Melayu, kerana bercakapnya sebiji macam orang Melayu". Inilah pengalaman yang masih segar bugar dalam ingatan saya dan sentiasa mendorong saya agar lebih bertekad untuk memartabatkan Bahasa Melayu agar tidak terhapus dari alam ini! Kalau orang Melayu dahulu sanggup "mati anak kerana adat, nampaknya generasi kita hari ini lebih cenderung kepada "biar mati adat, jangan mati anak!
Harapan saya agar kita sama-sama dapat mempertahankan keindahan bahasa kita ini supaya ia tidak akan "mati dan berkubur tanpa nesan. " Kita sepatutnya berbangga dengan bahasa kita yang kaya dan penuh dengan nilai-nilai keindahan dan kelembutan ini.
Ok, Setakat ini sahaja coretan saya. Jumpa lagi di lain waktu!
Salam mesra dari saya,
Cikgu Chin
Jutawan terima kasih Siew Lin untuk tolong membuka mata dan minda kami supaya mengunakan bahasa ibunda skg bak kata cikgu jangan melayu hilang di dunia kan?
Dan pada kekawan yg hendak menghantar anak2 bertuisen ngan cikgu chin jangan lupa email kat saya ye ..... hehehe
22 comments:
wahhh malunya cikgu chin punya melayu superb betul..kalah kita orang melayu
Memang hebat Cikgu Chin , macam Karam Singh Walia tv3 pulak yang mahir simpulan dan pribahasa melayu .
saya nak berkenalanan dengan cikgu Chin ni lah
ummi...
saya jln sambil menunduk..malu dan segan dgn cikgu chin.
rina...
tu lah kita yg darah daging melayu tak sehebat cikgu chin kan?
ezza...
insya'allah nanti saya tanya cikgu chin bolih bagi emel dia tak...hehe
Takziah pada Cikmilah atas kehilangan beliau...semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat hendaknya.
Terkedu membaca emel Cikgu Chin...bahasa Melayu yang sangat bagus sekali..bleh lawan Karam Walia Singh nie...
Salam KakElle
sampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada Cikgu Chin. Saya terharu dan sedu kembali. Memang sukar ,tapi kita redha dan insaf kerana sedalam mana kasihsayang kita, Allah lebih menyayanginya.Benar kata Cikgu Chin,kita lupa bahawa segala yang ada pada kita adalah pinjaman dari Allah dan kita sering " take it for granted".
Salam hormat untuk Cikgu Chin dan terima kasih kerana akak siarkan di sini.
azwa...
sape pulak Karam Walia Singh ni ye?nanti nak cari juga nampak nya mereka berdua memalu kita yg anak melayu kan?
cikmilah...
saya terpaksa meletak nya di sini pasal cikgu chin beluh fasih cam mana nak buat komen lagi...
saya kena belajar balik BM dgn cikgu chin skg 'never too late' kan?
Terbeliak mata ni bila baca email dari cikgu Chin tu..hi hi..
Kak elle, nanti senang sudikanlah datang ke blog Tie (http://kaytieze.blogspot.com/) ambil award, ya......
tie...
pejam mata cepat2..hahaha
tu lah kita sendiri rojak kan?
kak elle,
sampaikan salam persahabatan kepada cikgu chin dan disarankan cikgu buka satu blog. Saya link nanti, okay.
zany...
insya'allah nanti saya sampaikan kat cikgu chin..actually skg dia rajin masuk blog saya membaca since that episode.
berbunga2 bahasa Cikgu Chin...sedap betul susunan kata2 beliau...
memang entry ni membuka mata kita...sayang cikgu ni duduk jauh..kalau tidak mesti hatice dan baddin akan pandai BM kalau dia belajar kat cikgu ni :0)
maklang...
siap sangkan kan?seorang bangsa asing fasih dlm BM.
simah..
apa kurang nya ngan cikgu Simah...hehe
ingat Simah walupun you jauh jgn lupa bahasa ibunda ye?
bila baca email Cikgu Chin.. dalam kepala Neeza mesti nak kata Cikgu Chin ni melayu beragama Islam.. walaupun pada hakikatnya ramai melayu yang tak boleh menguasai bahasa melayu sebaik cikgu Chin (termasuklah yang tulis comment ni hehehee...)
Syabas Cikgu Chin.. bila lah agaknya Neeza nak hantar anak pergi tuition bahasa malaysia ya.. neeza jauh di timur tengah.. Insyaallah.. one day.. one day ya Cikgu Chin..
kalau cikgu chin kat KL mau juga saya minta dia ajar hazwan ..hehe
neeza..
mmg betul tak tengok muka mesti byk yang sangka orang kita kan?
ok nnt kalau neeza tinggal kat sg sape ler tau kan cik abg ada offer kat sini bolih lah berguru ngan cikgu chin.
zino..
hehe ... kena tunggu masuk tingkatan 1 baru bolih belajar ngan cikgu chin
Post a Comment