Thursday, January 29, 2009

Secara kebetulan

Tergerak hati saya untuk masuk ke blog lama saya agak kuasa Tuhan gerakkan hati 4 hari yg lepas dan bila kesitu saya terbaca message yg di tinggalkan oleh seseorang bernama Shirley......
cacatan nya masih di tagboard disini.....


22.01.09 @18.26
shirley:Kak elle i would like to know whether mdm chin siew lin is the classmate I've lost contact with pls help me.i'm frm kluang johor.heard she migrated to sg.lost contact after that.

18.27
shirley:she's good in bahasa melayu and i suspect she's the one.her hub was formerly in the airforce.she's now 46yrs old.hopefully,she's the one.thanks a million.


Rupa2 nya banyak juga silent reader yang menjejak kaki tapi tak tinggal kesan kan?
Tapi kan tiap2 mlm saya cek kat feedjit saya tengok sape yg masuk dan jam berapa mereka masuk dan kekadang ada yg masuk berkali2 ... kenape ek?


Memang cikgu chin ni dari Kluang Johor so saya pun email kat Shirley yg kemungkinan dia tak salah orang dan saya akan bagi message tu bila saya mula ke sekolah hari rabu(semalam)....lama juga cikgu Chin cuba mengingat kembali kata nya dia pun ada kawan sekolah bernama Shirley tapi Shirley yg mana satu???
Lalu saya bagi kat dia email shirley di atas supaya dia bolih tanya sendiri....

Pagi ni bila saya check email .... ada satu email dari Cikgu Chin...


Hi Elle,

Jutaan terima kasih atas keperihatinan Elle sehingga saya dapat menjalin semula persahabatan saya dengan teman sekelas saya yang sudah tidak kedengaran khabar berita sejak berbelas tahun lamanya. Betul kata orang, jodoh pertemuan di tangan Tuhan, kita hanya boleh merancang tetapi kuasa Tuhan juga yang menentukan segalanya. Pelik sekali jika direnung kembali bagaimana kedua-dua teman sekampung ini boleh dipertemukan oleh orang yang jauh di perantauan ini(di Singapura). Itulah keajaiban dunia email dan internet yang begitu canggih sekarang! Kalaulah Elle tidak memuatkan ‘kisah’ limau dan ‘ang pau” di lelaman Elle, tidak mungkin kami dapat dipertemukan semula! Wow, kalau kekasih lama bertemu kembali, tentu lebih menarik ‘plot’nya! Ha! Ha! Ha!

Shirley juga merakamkan jutaan terimakasihnya kepada Elle. Inilah hadiah harijadi bagi saya yang tidak dapat saya lupakan(Tak lama lagi, 2-3 minggu lagi). Kami terus ke MSN dan sempat berborak untuk beberapa minit kerana masa tidak mengizinkan. Melalui Shirley, saya juga dapat menghubungi 2 orang classmate lama yang seorang sudah bermigrasi ke Australia dan seorang lagi masih berada di K.L.

Terima kasih sekali lagi!

Ikhlas dari saya.
Cikgu Chin & Shirley Lim


Saya gembira dengan entry saya limau oh limau saya dapat bertemukan perhubungan kawan sekolah sekali lagi....sape kata kata berblogging tak berfaedah?ada yg kata buang masa'washing your dirty linen in public'.... bagi saya saya berblogging macam menulis kejadian sehari dalam diary untuk masa2 yang akan datang dan bukan untuk berbongkak diri.




I gave myself a big hug for doing a good deed today:)

32 comments:

Tie said...

Oh...bestnya...beruntung sungguh teman2 kak elle tu, ekk..

Agaknya bila pula giliran Tie ni...teringin sangat nak jumpa dengan teman2 masa study dulu...entah ada peluang ke..

Tahniahlah kak elle...tentu rasa seronok bila dapat tolong sahabat ni...:)

Ezza Aziz said...

saya ni pun teringin nak jumpa kawan sekolah ..tapi tak tau mana nak cari..kalau ada ..email lah saya ni...hu hu hu

Sya said...

Kak Elle.. the BM kan? buat I blushed and malu.. very good indeed

Kak Elle said...

tie...

gembira kan bila kejadian mcm berlaku:)

giliran tie insya'allah kena cari kawan2 yg masih ada contact tu

Kak Elle said...

ezza...

you kena buat ikhlan kat berita harian nanti baru dapat response:)

MA said...

Kak Elle:

Orang berblogging kerana beberapa sebab yang mereka sendiri tahu. Dan saya teringat kata-kata Dr Mahathir semasa Internet mula berkembang dulu. Dia memberi perumpamaan Internet dengan sebilah pisau. Kita boleh gunakan *pisau* untuk membunuh orang. Dan kita juga menggunakan pisau untuk mengupas buah-buahan untuk dimakan.


Apa tujuan ber-Internet, sama juga dengan niat kita menggunakan pisau, samada ke jalan kebaikan atau keburukan. Samada kita berkongsi kebaikan (kindness), ataupun menjatuhkan seseorang.


Dan hanya kita sahaja yang tahu niat hati kita.


Well done, Kak Elle. You have done so much good in blogging - jadi good host, gaining good friends and trust.

Kak Elle said...

sya...

hohoho my BM pun rojak tau:)segan saya nak balas email cikgu chin dlm bahasa ... haha

Kak Elle said...

MA...

yep I agree with DrM explaination:)

always do good deed and never be bad person .. what goes round will come around.

MA tak pernah saya meminta balasan dr sesiapa hanya dr Nya:)

kakLuna said...

menghubungkan silaturrahim pahalanya cukup besar, kak Elle :)

cikMilah said...

How sweet...happy kan bila dapat tolong orang menjejak kasih...
May Allah bless you with yr sincerity kak...

Kak Elle said...

luna...

secara kebetulan shirley masuk blog dan baca n3 limau oh limau...

saya happy dapat bertemukan kawan yg dah lama tak jumpa.

Kak Elle said...

cikmilah...

jejak kasih secara kebetulan kan:)

alhmadulillah dapat berbuat begitu.

maklang said...

dunia kecilkan...pusing sana pusing sini...jumpa semula kawan2 yang sama...

tahniah kak..ada faedahnya..

sakurasa 2 said...

kak elle yang masuk berkali2 intai blog kak elle tu....rindu la tu...

MOKCIK AZWA said...

Blog pun dah jadi macam jejak kasih jugak...bravo kak elle kerana berjaya menemukan dua sahabat lama thru blogging.

Kak Elle said...

maklang...

mmg tak si sangka pembaca sedang mencari kawan lama.

Kak Elle said...

sakurasa...

ntah apa yg dia cari kan?

Kak Elle said...

azwa...

tu yg di katakan seme sudah tertulis...

alhamdulillah saya dapat keemukan 2 sahabat.

zura aini said...

good job kak elle. apa pun dengan berbloging, senyum sampai ke telinga, he, he........

Kak Elle said...

zany...

a pat on my shoulder eh?...haha

NURAZZAH8 said...

Kak Elle,
ALhamdulillah.... persahabatan lama terjalin kembali...
masyaAllah...BM cikgu Chin tersangat cantik...kalah kita orang Melayu yang memang BM adalah bahasa ibunda kita.

Neeza Shahril said...

betul tu kak elle.. neeza pun dah banyak discover kebaikan blogging ni. Ramai yang singgah kat chatbox and tanya macam2 soalan. memang lah neeza bukan expert. at least they have somebody to ask to kan..
husband neeza pun kengkadang segan dengan orang yang baru datang sini.. bila dia introduce nama dia, diorang kata, ooo.. tahu tu.. biasa tengok (gambar che' abang neeza kan selalu masuk blog neeza). dia pulak termalu sendiri...

Kak Elle said...

nuazzah...

siapa sangka kan bangsa lain punya BM lebih baik dr kita sendiri?mdm chin ni baik sgt orang ye..lemah lembut dan perhatin sekali.

Kak Elle said...

neeza...

ni di antara satu the wonder of blogging kan?

wah kira2 cik abnag neeza tu dah famous eh dlm dunia cyber ni...hehehe

Mulan said...

bravo kak elle... one biiiiigggg hug to u... from me lah..!!! he he..

silversarina said...

Blogging memang banyak faedahnya, yang penting kita ikhlas dalam isi cerita kita, Alhamdulillah ramai dah yang dapat jejak kasih dalam blogging.

Kak Elle said...

mulan...

I accept the hug that comes from you...hehehe

Kak Elle said...

rina...

tu antara faedah2 nya kan?setakat ini banyak juga kekawan yg berkongsi sesama dan kita pelajari nya dari bermacam segi and as you sy ikhlas dgn isi kandung cerita.

pB said...

salam kak elle



dalam yang tak baik tu , banyak baiknya ....

Kak Elle said...

Pb...

:)mungkin juga kan?

maszuzu said...

well done sistah!!! :)

mas blogging yang yok...hehehehe...

Kak Elle said...

mas...

secara kebetulan aje tu silent reader terbaca nama cikgu chin kan?