Friday, January 30, 2009

Email dari CikGu Chin Siew Lin

Hi Elle,

Seronok sekali membaca segala komen yang diberikan oleh pengunjung-pengunjung blog Elle. Boleh Elle tolong muatkan respons saya terhadap komen-komen tersebut? Saya cuba melakukannya sendiri tetapi kurang yakin kerana kurang pengalaman untuk memuatkan komen di blog. Nampak gaya, kena "berguru"dengan Elle!
Terimakasih!

Best regards,
Siew Lin



Tatkala terbaca segala puji-pujian dan komen-komen yang memberangsangkan itu,hilang serta merta segala kepenatan dan keletihan setelah sehari suntuk berada di tempat kerja. Ini merupakan julung kali saya menyusur atau melayari dunia "blog". Tak sangka begitu banyak hikmah yang terselindung di sebalik aktiviti pemblogan ini. Memang benar kata pepatah Melayu, "menuntut ilmu tiada penghujungnya, bermula dari tapak buaian hinggalah ke liang lahat." Tidak terlintas langsung niat di hati ini untuk "mengangkat bakul sendiri" dan menunjuk-nunjuk kebolehan dan kepetahan saya berbahasa Melayu dengan menulis komen ini tetapi niat ikhlas saya ingin memaparkan keindahan Bahasa Melayu kita agar ia sentiasa menyerlah dan "Tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan." Sama-samalah kita memartabatkan Bahasa Melayu agar "tidak hilang Melayu dari dunia" dan tidak ibarat "hidup segan, mati tak mahu!"


Mdm Chin I am honoured that you find time to read my entry last night...oops sorry have to write BI ya .. my BM aiyo will make you laugh after reading them.....*shy mah*.... can you take extra student?I study with you :) hehehe

ok as written by cikgu chin she wants me to relay the above message to all who comment on the last entry ... I am too shy to reply in BM... Sya and Nurazzah8 bolih tolong reply kat cikgu Chin tak?

22 comments:

Norabella said...

Aduh Cikgu Chin, tata bahasa Melayu Cikgu sungguh baik sekali. Kita yang berbangsa Melayu pun tulis bahasa 'pasar'atau rojak. Sungguh! Sememang indah Bahasa Melayu. Secara tiba-tiba juga, saya teringat akan penyanyi Andre Goh....nyanyian nya dalam Bahasa Melayu memang memikat hati.

Syabas Cikgu Chin!

NURAZZAH8 said...

Kak Elle,

Saya rasa sungguh berbesar hati kerana Kak Elle telah menyebut nama saya dan Sya untuk membalas emel Cikgu Chin. Namun begitu saya tidak dapat berbuat demikian sekarang disebabkan saya perlu menghadiri kursus selama tiga(3) hari. InsyaAllah, jika ada kelapangan selepas saya menghadiri kursus tersebut, akan saya cuba balas emel Cikgu Chin, walaupun dengan rendah diri saya nyatakan bahawa Bahasa Melayu saya tidaklah seindah Bahasa Melayu Cikgu Chin..

maszuzu said...

woww....i'm like looking down now...

Kak Elle said...

nora...

saya lagi malu dgn cikgu chin yg BM nya terlalu tinggi untuk saya...

Andre Goh I pun minat dgn lagu dondang sayang dia.

Kak Elle said...

nurazzah...

dah jawabdgn komen ni dah mencukupi azzah..

selamat berkursus:)

Kak Elle said...

mas...

tengok kebawah jgn tersandung batu pulak ye...hehe

zura aini said...

bahasa yang sangat indah dengan susunan sungguh teratur.

Kak Elle said...

zany...

sesungguh nya kan? salang kita berkata2 bahasa rojak.

Sya said...

Cikgu Chin yang dihormati

Sebagai seorang Melayu saya berasa malu bercampur kagum dengan kepetahan Cikgu berbahasa Melayu. Malu kerana saya sendiri tidak boleh menulis sebaik itu dan kagum atas usaha Cikgu memertabatkan Bahasa Melayu.

Malah Cikgu begitu memuji Bahasa Melayu sedangkan orang Melayu sendiri malu dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Seolah-olah mereka berasa kekampungan bila berbahasa Melayu dan sentiasa menggunakan Bahasa Inggeris walaupun Bahasa Inggeris yang dilafaz dan dituturkan amat memalukan dari segi sebutan dan tatabahasa.

Terimakasih Cikgu kerana menyokong Bahasa Melayu dan terimakasih juga pada Kak Elle yang membenarkan saya dan Nurazzah membalas 'e-mel' Cikgu.

silversarina said...

Emmmm bagus sekali , Cikgu Chin fasih berbahasa Melayu dan memang benar , blogging menambah ilmu yang dapat dimanfaatkan semua pembaca tanpa mengira bangsa dan bahasa .

Kak Elle said...

sya...

saya pun kagum dgn cikgu chin,dia juga seorang yg amat hormat pada semua dan merendah diri org nya.

betul tu salang yg melayu asyik nak bertutur dlm bahasa ingris...
biar melayu hidup di-dunia.

Kak Elle said...

rina...

dunia alam maya menarik semua kaum kan? yg baik kita buat pelajaran juga.

Ummi365 said...

kak you are such a wonderful person. Cikgu chin pun sungguh pandai berbahasa melayu. great!

Kak Elle said...

ummi...

me wonderful person?..thank you thank you...

yes sape2 ada anak2 yg nak tuition dlm BM meh belajar ngan cikgu chin.

Neeza Shahril said...

neeza malu dengan cikgu Chin.. bahasa melayu dia lebih bagus dari orang melayu yang ramai2 menulis blog rasanya..

macam ni, boleh lah nanti neeza hantar anak2 neeza tuition dengan cikgu chin.. :))

Kak Elle said...

neeza..

kalau neeza yg jauh malu saya yg hari2 jumpa cikgu chin lagi malu..tak tau mana nak letak muka:)

Tie said...

Wow...memang tabik kat Cikgu Chin...mungkin Tie kena berguru dengannya.... Tak sangka Bahasa Melayunya hebat... malu pulak makcik ni...hi hi..

Kak Elle said...

tie....

bukan tie sahja saya pun malu ngan BM dia yg terlalu halus.

maklang said...

Uish..maklang tabik dengan Cikgu Chin..bahasanya indah sekali...Tahniah Cikgu Chin kerana memertabatkan bahasa Melayu...

Kita orang Melayu pun cakap rojak2 aje...

Kak Elle said...

maklang...

tu lah kan yg kita2 bila bercakap dgn anak2 seme dlm BI..nasib baik ada cikgu chin selalu bercakap dgn saya dlm BM di sekolah.

Unknown said...

i'm lost, can you translate what cikgu chin said to english.

Kak Elle said...

judy...

to summarise it short..a shirley left a msg in my old blog to ask if mdm chin siew lin is her long lost classmate?it turns out yes and mdm chin is our school malay teacher whose malay is so refine and pure unlike us who writes rojak malay...

if you can read the way she writes she put us the malays to shame...