Monday, February 22, 2010

Billy mengeratkan kejiranan


Ini ada lah gambar Billy selepas menerima buah tangan dr jiran sebelah rumah semalam.Saya sudah hampir 15 tahun tinggal di-sini dan ini kali pertama jiran sebelah memberi limau dan kuih bangkit ... alhamdulillah.
Semenjak saya mengambil Billy 3 bulan yg lalu jiran sebelah hampir hari2 akan berhenti di depan gate dan berbual sama Billy... auntieA akan melayanBilly dan juga anak perempuan beliau yg akan kenalkan sebagai chieh-chieh....kedua mereka memang takut kucing tapi menengguh sape pada Billy dan si Billy pun apa lagi menunjukkan lagak dia berpusing2 konon nak menunjukkan dia pandai:)
AuntyA panggil auntyB di sebelah kiri saya untuk datang berjumpa Billy dan skg bila auntyB dan suami keluar rumah mereka akan ngintip tengok Billy ada menunggu di gate tak kalau ada mereka panggil nya dan mula lah Billy buat gymnastic nya.
Pada mlm raya cina minggu lepas chieh chieh datang mengusik Billy dan saya pelawa dia masuk ke rumah walaupun dia takut dengan kucing atau mungkin geli tapi dia memberanikan diri untuk mendokong Billy untuk saya mengambil gambar nya.Sejam kemudian saya membawa Billy kerumah mereka untuk memberikan gambar yg sudah saya print beserta 2 biji limau sebagai adat chinese new year.
Petang semalam genap seminggu orang Hokkien sambut raya dan auntieA menghantar anak lelaki nya untuk memberi bag yg berisi 2 biji limau dan sebotol kuih bangkit .. terperanjat juga saya pasal tak pernah menerima apa2 dari mereka.
Ni agak nya Billy yg mengeratkan siratul rahim antara jiran-jiran.Thank you Billy boy.

7 comments:

silversarina said...

Billy oh Billy .... tak sangkakan seekor binatang dapat berperanan penting dalam hidup kita ... tumpang happy buat akak dan jugak billy .

Kak Elle said...

rina...

terima kasih semoga kami berjiran dgn aman damai insya'allah

Mulan said...

come to chieh chieh mulan, billy... come to me also.. heheheee..

Kak Elle said...

Mulan...

kang Billy datang you lari...haha

Cat-from-Sydney said...

Aunty Elle,
Now I have to call Billie, His Excellency Billie, ambassador of neighbourhood goodwill. Cayang dia! purrr....meow!

Kak Elle said...

angeline..

I will put up the newspaper cutting when its publish here.

moon said...

ramai peminat gak billy ni yer kak elle...