Showing posts with label takziah. Show all posts
Showing posts with label takziah. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

Salam takziah




Al fathiha di atas pemergian seorang tokoh yang saya kagum dengan kerja nya ...... good bye Yasmin semoga roh mu di cucuri rahmat olih Nya.


I've watched most of her movies and commercials ... it touches our heart ......










haha a good laugh watching this ..... his love terkantoi ....

Yesterday also I said goodbye to the 2 princess who left for KL and then back to Kemaman on monday together with their father who is arriving back from Abu Dhabi.

I've enjoyed having them for 3 nights eventhough I only get to see them in the evening it was fun chatting and having them as company for dinner otherwise its always eating alone.We talked about their study in Ukraine for Sofie and Korea for Maya.


The charity cupcakes I bought from the students ... whats left yesterday ......




Sofie and Maya before their departure yesterday taken on the corridor outside my pigeon hole ..... as I've said to them yesterday they are welcome to come again anytime and stay with me.
till my next entry .....

Sunday, May 3, 2009

Salam takziah

Al fathiha dan salam takziah pada keluarga Zino di atas permegian ibu mertua tersayang pada hari sabtu jam 7.11 malam....semoga roh di cucuri rahmat olih Nya dan di tempatkan dengan orang2 yg beriman....amin.


Sehari saya tak buat apa2 selain dr menonton 'winter sonata'dan rancangan di tv .... lepak habis....masak pun tidak makan apa yg ada dlm fridge....nangka yg saya beli minggu lepas akhir nya saya buat lempeng nangka...sedap jugak kalau cempedak agak lagi sedap.

The electrician datang untuk baiki lampu di dapur yg fius kemarin yang membuat satu rumah gelap gulita ... hmmm ... bukan murah ek tukar satu benda charge $40/-....

Arghhhhh dah masuk hari ketiga cuti panjang hujung minggu tapi saya rasa tak cukup pulak....takpe minggu depan ada 3 hari lagi cuti sabtu sampai Ithnin.....yahoooooooooo

Monday, February 2, 2009

Dia pergi juga

Innalillahwainna illaihi rohjiun ....

dgn sedeh di maklumkan sepupu saya telah meninggal dunia sebentar tadi semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang2 yg beriman....amin

Alhamdulillah dapat juga saya menziarahi nya masa dia tenat di Putri Medical Centre-JB hari tu ... semoga seisi keluarga redha dengan pemergian nya.

Sunday, February 1, 2009

Salam takziah dan Terima kasih

Pagi ni saya tergerak membuka email dari sekolah dan ada emel dr Mdm Chin Siew Lin untuk semua. Setakat ni cikgu belum pandai nak tinggal komen di blog jadi dia suruh sampaikan kepada semua kalau nak fwd email banyak emel address yg saya tak ada jadi tempel kan di sini sahja.


30/01/2009
Hi Elle,

Amat terharu dan sedih sekali ketika terbaca berita pemergian Allaryarham Azrul yang masih muda. Tolong sampaikan ucapan takziah saya yang tidak terhingga kepada Cikmilah atas kehilangan yang tiada gantinya ini! Mungkin sudah ajalnya dan pasti Allah lebih menyayanginya! Permergiannya yang secara mengejut ini mahu tidak mahu telah memaksa kita agar merenung kembali orang-orang tersayang yang berada di samping kita agar kita tidak "take each other for granted". Luangkanlah lebih banyak masa bersama mereka yang tersayang,sentiasalah bermaaf-maafan kerana tiada siapa yang dapat menjangka dan meramal bilakah maut akan datang menjemput kita kerana tiada gunanya apabila "nasi sudah menjadi bubur" dan menangis airmata darah sekalipun tiada gunanya!

Terimakasih atas semua komen-komen yang telah saya baca di dalam blog kak Elle. Sungguh memberangsangkan dan tak sangka pula boleh membabitkan nilai komersial iaitu memberi kelas bimbinganatau tuisyen kepada anak-anak pembaca blog.Hai, bagus juga cadangan itu kerana" nak melentur aur, biarlah dari rebungnya". Bolehlah Elle jadi agen atau pengurus saya kalau ada sesiapa yang berminat! Ha! Ha!

Terlanjur menyentuh kisah 'tuisyen", ingin saya berkongsi satu pengalaman menarik ketika saya mengajar di rumah pelajar berkenaan. Ketika itu adalah bulan Ramadhan. Oleh kerana kefasihan saya bercakap Bahasa Melayu, tidak terlintas langsung pada fikiran nenek pelajar berkenaan bahawa saya seorang guru berbangsa Cina yang mengajar cucunya. Identiti saya yang sebenarnya terbongkar apabila menantunya kembali dari pejabat dan bertanya adakah dia menyediakan minuman untuk saya ketika saya mengajar.

Nak tahu apa jawapan nenek pelajar saya ini, "Inikan bulan puasa, mana Cikgu Chin boleh minum!" Bayangkanlah betapa terkejutnya nenek tersebut bila dia mengetahui hakikat yang sebenarnya, Katanya"Masyallah, bulat-bulat aku menyangka Cikgu Chin orang Melayu, kerana bercakapnya sebiji macam orang Melayu". Inilah pengalaman yang masih segar bugar dalam ingatan saya dan sentiasa mendorong saya agar lebih bertekad untuk memartabatkan Bahasa Melayu agar tidak terhapus dari alam ini! Kalau orang Melayu dahulu sanggup "mati anak kerana adat, nampaknya generasi kita hari ini lebih cenderung kepada "biar mati adat, jangan mati anak!

Harapan saya agar kita sama-sama dapat mempertahankan keindahan bahasa kita ini supaya ia tidak akan "mati dan berkubur tanpa nesan. " Kita sepatutnya berbangga dengan bahasa kita yang kaya dan penuh dengan nilai-nilai keindahan dan kelembutan ini.

Ok, Setakat ini sahaja coretan saya. Jumpa lagi di lain waktu!

Salam mesra dari saya,
Cikgu Chin


Jutawan terima kasih Siew Lin untuk tolong membuka mata dan minda kami supaya mengunakan bahasa ibunda skg bak kata cikgu jangan melayu hilang di dunia kan?

Dan pada kekawan yg hendak menghantar anak2 bertuisen ngan cikgu chin jangan lupa email kat saya ye ..... hehehe

Saturday, January 31, 2009

Takziah

I received sms from cikmilah that her nephew Azrul aged 21yrs old passed away suddenly after a complained of sudden chest pain and went to into coma.He was a student of UIAM.

Lets us put our hand together an offer al-fathiha to arwah and may his soul rest in peace.

Salam takziah untuk keluarga arwah semoga mereka redha dengan pemergian nya dan semoga arwah di tempatkan dengan orang2 yang beriman....amin.